PENYELIDIKAN SAINTIFIK
Penyelidikan saintifik adalah penyelidikan yang
dijalankan secara tersusun , sistematik dan mempunyai pembolehubah yang
terkawal. Penyelidikan saintifik bersifat empirikal iaitu perlu ada
eviden/bukti tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat melalui analisis data
dan maklumat yang dikumpul untuk membuktikan suatu hipotesis atau teori bagi memperolehi
hasil yang diinginkan.
Penyelidikan saintifik melibatkan :-
a) pengukuran
b) kebolehpercayaan (reliability)
c) kesahihan (validity)
d) kawalan pembolehubah
e) kerawakan (randomization) sampel
f) generalisasi hasil kajian
Antara konsepnya
ialah:-
a) Pengukuran
Proses memberi nilai
kepada pembolehubah untuk membolehkan pengkaji membuat analisis data dan
seterusnya dapat membuat kesimpulan bagi penyelidikan yang dilakukan.
b) Kebolehpercayaan
Ciri-ciri pengukuran
yang dapat memberi penilaian atau gambaran yang sama apabila diuji pada sampel
yang berlainan. Walaubagaimanapun, semua pengukuran terdapat ralat (error).
Semakin kecil ralat yang diperolehi, semakin tinggi kebolehpercayaan alat ukur
(instrumen) yang digunakan. Contoh instrument kajian ialah soal selidik.
c) Kesahihan
Kebolehan suatu
instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu. Contoh, pembaris meter hanya
sesuai untuk mengukur panjang dan tidak sesuai untuk mengukur suhu. Oleh itu
pembaris mempunyai kesahihan yang tinggi apabila digunakan untuk mengukur
panjang dan mempunyai kesahihan yang sangat rendah jika digunakan untuk
mengukur suhu. Pengkaji perlu mengenalpasti instrumen yang digunakan mempuyai
kesahihan yang tinggi untuk mengukur suatu pembolehubah supaya data yang
diperoleh lebih tepat.
d) Kawalan
pembolehubah
Konsep asas
penyelidikan saintifik yang lebih bersifat kajian berbentuk eksperimen.
Pembolehubah boleh dibahagikan kepada pembolehubah manipulasi (manipulated
variable), pembolehubah bergerak balas (responding variable) dan pembolehubah
yang dimalarkan (fixed variable). Ia juga dikenali sebagai pembolehubah
bersandar dan pembolehubah bebas. Pengkaji yang ingin membuat kajian perlu
mengenal pasti dahulu pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Kemudian
mengkategorikan mbolehubahpembolehubah tersebut mengikut kajian yang akan
dijalankan.
Bagi semua
penyelidikan saintifik berbentuk eksperimen, pengkaji perlu membuat satu
ekperimen kawalan untuk melihat kesan sebenar ke atas eksperimen tersebut. Bagi
melihat keberkesanan baja organik ke atas penghasilan buah betik, kita perlu
ada sebatang pokok betik yang tidak diberi baja organik. Satu pokok lain
diberikan baja. Kemudian pengkaji akan bandingkan penghasilan buah betik dari
kedua-dua pokok tersebut.
e) Kerawakan sampel
Teknik pemilihan sampel
secara rawak berasaskan semua sampel mempunyai kemungkinan yang sama untuk
dimasukkan dalam kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Pemilihan sampel
yang baik secara rawak dapat menghasilkan suatu kajian yang representatif
kepada satu populasi di mana kajian dilakukan.
f) Generalisasi hasil
kajian
Biasanya diperoleh di
akhir kajian yang memberi gambaran sama ada kesimpulan kajian yang dihasilkan
dapat mewakili (representatif) kepada kumpulan sampel atau populasi yang
berlainan. Hasil kajian yang dilakukan boleh dibuat generalisasi yang baik jika
perkara-perkara di atas telah diambil kira sepanjang kajian itu dilakukan.
konsep dalam penyelidikan saintifik yang
menjurus kepada elemen-elemen yang perlu ada dalam penyelidikan saintifik untuk
memperolehi hasil penyelidikan yang diinginkan.