Bagaimana Pengaruh selebriti dalam pengiklanan membantu dalam membuat keputusan dalam pembelian produk kosmetik.
Monday, 12 March 2012
Kebaikan dan Keburukan kosmetik kepada pasaran
Wanita dan kosmetik memang tidak dapat dipisahkan. Semua wanita ingin kelihatan cantik dan bergaya serta berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Keadaan ini menyebabkan mereka sanggup berhabis untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.Antara kebaikannya kepada pasaran ialah menyebabkan peningkatan kepada permintaan terutama terhadap produk-produk kecantikan khususnya produk kosmetik. Disebabkan kepada pemintaan yang tinggi kepada sesuatu produk menyebabkan wujudnya peluang pasaran terutama kepada peniaga atau usahawan yang sanggup mengambil peluang yang ada supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak yang diinginkan oleh pelanggan.Permintaan yang tinggi jugak mengalakkan pelbagai produk kecantikan terutama kosmetik dipasaran. Antaranya Maybelline, AVON, MAC dan sebagainya termasuk produk kecantikan seperti D'Putih ,RANIA, HPA, TIA AMELIA, SENDAYU TINGGI, NURIZ , NV dan sebagainya yang semakin hari semakin bertambah serta tidak dapat dikawal yang mana terdapat produk tiruan yang keluar bersama produk ini.
MAYBELLINE
AVON
MAC
DE'PUTIH
RANIA
HPA
TIA AMELIA
SENDAYU TINGGI
NURIZ
NV
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran kepada pengguna tetapi
juga menyebabkan kesan buruk sekiranya produk tiruan tersebut digunakan
berikutan kuantiti bahan yang digunakan dalam produk tersebut dan
jaminanya dipertikaikan terutama dari segi kandungan yang digunakan tidak halal yang akan membawa kepada sensitiviti agama serta kesan apabila menggunakan produk
tersebut. http://www.beautyrich.biz/cun.html
Namun, dalam era kemajuan terutama dalam teknologi dan R&D membawa kepada penemuan alat untuk mengesan kandungan sesuatu produk terutama kosmetik iaitu iaitu melalui Institut Penyelidikan Produk Halal yang dilakukan oleh UPM....
No comments:
Post a Comment