Fakta
dan teori merupakan perkataan yang membawa makna yang berbeza. Walaupun
kedua-duanya digunakan dalam bidang kajian yang berbeza , tetapi ia turut
mempunyai definisi yang tersendiri yang
berlainan antara satu sama lain.Lazimnya , ia digunakan dalam bidang Sains.
Dalam bidang saintifik, fakta
sering diperolehi melalui pemerhatian. Ia merupakan sesuatu yang benar berlaku
dan dibuktikan kesahihannya melalui kajian atau eksperimen yang dilakukan bagi
membuktikan fakta tersebut. Fakta tidak boleh berubah dan sahih. Contohnya, ujian
yang dilakukan keatas bola yang jatuh setiap kali dilepaskan dan dilakukan
berulang kali melalui keadaan persekitaran yang terkawal membuktikan sesuatu
fakta tersebut jelas dan tidak boleh dinafikan. Ia akan dianggap fakta kerana
ia akan kekal sebagai yang benar walaupun selepas berabad-abad lamanya sehingga
terdapat penemuan yang lebih tepat untuk menyangkal fakta tersebut.
Sebaliknya, teori ialah
penjelasan tentang pemerhatian yang telah dilakukan dan meramalkan yang baru. Jika
hipotesis merupakan tekaan awal bagi sesuatu kajian dan merupakan aspek utama
dalam kajian saintifik , maka teori diletakkan dalam peringkat kedua. Walau
bagaimanapun, teori sentiasa benar dan hanya tanggapan semata-mata serta memerlukan persetujuan daripada pakar dalam
bidang saintifik. Teori juga , sering melalui satu siri ujian untuk menafikan
teori tersebut oleh pihak-pihak tertentu.
Bagi menjelaskan perbezaan tentang fakta dan
teori , contoh terbaik melalui kajian yang dilakukan ialah melalui suatu
laporan yang menyatakan kosmetik mempunyai kandungan babi dalam bahan campuran yang digunakan. Dalam
aspek ini , pelbagai implikasi dapat diperhatikan pada kulit dan sebagainya.
Adakah disebabkan keadaan kulit itu tidak sesuai atau benar kenyataan yang
terdapat dalam bahan kosmetik yang digunakan atau terdapat sebab lain? Oleh
itu, fakta boleh dibuktikan dengan jelas walaupun teori masih kabur tetapi
masih dianggap benar. Keadaan ini
menjelaskan fakta adalah permerhatian yang dilakukan manakala teori merupakan
penjelasan kepada pemerhatian yang dilakukan. Selain itu, teori adalah
kebenaran yang samara atau kabur tentang sesuatu perkara manakala fakta adalah
kebenaran yang sebenar yang dibuktikan kenyataannya.
No comments:
Post a Comment