Penyelidikan yang dijalankan
adalah jenis induktif iaitu berdasarkan pemerhatian atau penelitian terhadap
sesuatu kajian yang dikaji dengan mengambil perhatian terhadap corak yang
dihasilkan, seterusnya membentuk hipotesis awal dalam kajian dan menghasilkan
teori . Ia juga dikenali sebagai pendekatan “bottom-up” iaitu pendekatan dari
bawah ke atas untuk melengkapkan sesuatu kajian.Pendekatan ini adalah jenis
terbuka dan sangat meluas dalam pencariannya terutamanya pada peringkat permulaan.
Pendekatan jenis induksi ini berkait rapat dengan kaedah kajian berbentuk
kuantitatif iaitu menggunakan sumber
kedua yang boleh digunakan dalam bentuk statistik untuk membuktikan bahawa
pengaruh selebriti dalam pengiklanan membantu dalam membuat keputusan dalam
pembelian produk kosmetik oleh pengguna ataupun sebaliknya. Selain itu,
pengumpulan data atau maklumat boleh diperolehi melalui analisis kandungan
,pengalaman terhadap produk tersebut, tinjauan
atau pemerhatian yang boleh dijalankan melalui dua kaedah iaitu melalui
“questionnaires” atau mengajukan soalan
dan “structured interviews” atau temuduga untuk mendapatkan maklumbalas
daripada pengguna itu sendiri.
Teori
|
↑
|
Hipotesis
|
↑
|
Corak / pola
|
↑
|
Pemerhatian
|
"SERVEY" "INTERVIEW" |
No comments:
Post a Comment