Saturday 31 March 2012

PENGIKLANAN



         Merupakan alat atau medium yang digunakan dalam mempromosikan sesuatu barangan khususnya kosmetik dan menjayakan sesuatu urus niaga.Pengusaha akan memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan bagi tujuan promosi produk mereka.Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi perbelanjaan wanita pada am nya tetapi juga merupakan alat promosi yang penyumbang utama ke arah keberkesanannya sesuatu produk laris di pasaran.Misalnya,  pengiklanan juga boleh meyakinkan pengguna tentang sesuatu produk sekiranya ia turut mengunakan model atau artis yang memang sudah terkenal dalam menjayakan sesuatu promosi dan menjadikan mereka duta untuk produk tertentu. Di Malaysia misalnya,  duta-duta untuk produk kecantikan ini merupakan perantara antara pengguna dan produk yang diwakili seperti Erra Fazira dilantik menjadi duta produk AVON, Siti Nurhaliza menjadi duta untuk produknya sendiri iaitu Simply Siti, Rozita Che Wan menjadi duta untuk produk Rania Gold dan penggunaan model-model yang cantik untuk memastikan pengguna tertarik untuk membeli produk tersebut dan sekaligus membantu proses membuat keputusan dilakukan.



AVON

ERRA FAZIRA




SIMPLY SITI





SITI NURHALIZA




RANIA GOLD



ROZITA CHE WAN



  
MODEL SENDAYU TINGGI





                 Kesimpulannya, iklan bukan sahaja sebagai sebagai alat penyebar maklumat atau informasi kepada para pengguna tetapi juga membawa kebaikan kepada pengusaha kerana iklan merupakan kempen yang penting kepada pengguna.Penyebaran maklumat melalui alat sebaran ini kita dapat mengetahui kewujudan sesuatu produk baharu dalam pasaran.Iklan yang baik dapat mendidik para pengguna tentang cara menggunakan sesuatu barangan dan langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan sesuatu produk. Selain itu, ia penting kepada pengusaha kerana Iklan membantu pengusaha memasarkan barangan mereka.Selain itu,dapat menjimatkan kos,wang dan tenaga bahkan turut menghubungkan masyarakat pengguna dengan barangan. Iklan juga membolehkan pengusaha menghadapi persaingan di pasar,contohnya seperti dalam perniagaan,perdagangan dan sebagainya.Di samping itu boleh menonjolkan keistimewaan sesuatu barangan itu. Disebabkan hal itu , menjadikan iklan sebagai alat pengiklanan yang dapat disebarkan dengan mudah dan meluas.Peranannya penting kerana iklan yang kreatif dapat menarik perhatian orang ramai.Sebagai contohnya,iklan tentang  produk kosmetik dan kecantikan seperti yang sering disiarkan dalam televisyen membantu sesuatu produk mencapai sasaran yang diharapkan.











Thursday 15 March 2012

Perkara Penting yang perlu ada dalam Projek Tahun Akhir


PTA
1.      Discuss how problem areas can be identified.
2.       State research problems clearly and precisely.
3.       Explain how primary and secondary data help the researcher to develop a problem statement.
4.       Develop relevant and comprehensive bibliographies for any research topic.
5.       Write a literature review on any given topic.
6.       Develop a research proposal.

Monday 12 March 2012

Kebaikan dan Keburukan kosmetik kepada pasaran




                  Wanita dan kosmetik memang tidak dapat dipisahkan. Semua wanita ingin kelihatan cantik dan bergaya serta berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Keadaan ini menyebabkan mereka sanggup berhabis untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.Antara kebaikannya kepada pasaran ialah menyebabkan peningkatan kepada permintaan terutama terhadap produk-produk kecantikan khususnya produk kosmetik. Disebabkan kepada pemintaan yang tinggi kepada sesuatu produk menyebabkan wujudnya peluang pasaran terutama kepada peniaga atau usahawan yang sanggup mengambil peluang yang ada supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak yang diinginkan oleh pelanggan.Permintaan yang tinggi jugak mengalakkan pelbagai produk kecantikan terutama kosmetik dipasaran. Antaranya Maybelline, AVON, MAC dan sebagainya termasuk produk kecantikan seperti D'Putih ,RANIA, HPA, TIA AMELIA, SENDAYU TINGGI, NURIZ , NV dan sebagainya yang semakin hari semakin bertambah serta tidak dapat dikawal yang mana terdapat produk tiruan yang keluar bersama produk ini.




MAYBELLINE

 
 AVON







MAC
DE'PUTIH




RANIA
HPA
TIA AMELIA
SENDAYU TINGGI

NURIZ
NV

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran kepada pengguna tetapi juga menyebabkan kesan buruk sekiranya produk tiruan tersebut digunakan berikutan kuantiti bahan yang digunakan dalam produk tersebut dan jaminanya dipertikaikan terutama dari segi kandungan yang  digunakan tidak halal yang akan membawa kepada sensitiviti agama serta kesan apabila menggunakan produk tersebut.
 http://www.beautyrich.biz/cun.html

Namun, dalam era kemajuan terutama dalam teknologi dan R&D membawa kepada penemuan alat untuk mengesan kandungan sesuatu produk terutama kosmetik iaitu iaitu melalui Institut Penyelidikan Produk Halal yang dilakukan oleh UPM....











Saturday 10 March 2012

KOLEKSI GAMBAR



KOSMETIK


















WANITA






Maksud Penyelidikan

PENYELIDIKAN SAINTIFIK

Penyelidikan saintifik adalah penyelidikan yang dijalankan secara tersusun , sistematik dan mempunyai pembolehubah yang terkawal. Penyelidikan saintifik bersifat empirikal iaitu perlu ada eviden/bukti tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat melalui analisis data dan maklumat yang dikumpul untuk membuktikan suatu hipotesis atau teori bagi memperolehi hasil yang diinginkan.

Penyelidikan saintifik melibatkan :-

a) pengukuran

b) kebolehpercayaan (reliability)

c) kesahihan (validity)

d) kawalan pembolehubah

e) kerawakan (randomization) sampel

f) generalisasi hasil kajian

Antara konsepnya ialah:-

a) Pengukuran
Proses memberi nilai kepada pembolehubah untuk membolehkan pengkaji membuat analisis data dan seterusnya dapat membuat kesimpulan bagi penyelidikan yang dilakukan.
b) Kebolehpercayaan

Ciri-ciri pengukuran yang dapat memberi penilaian atau gambaran yang sama apabila diuji pada sampel yang berlainan. Walaubagaimanapun, semua pengukuran terdapat ralat (error). Semakin kecil ralat yang diperolehi, semakin tinggi kebolehpercayaan alat ukur (instrumen) yang digunakan. Contoh instrument kajian ialah soal selidik.


c) Kesahihan
Kebolehan suatu instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu. Contoh, pembaris meter hanya sesuai untuk mengukur panjang dan tidak sesuai untuk mengukur suhu. Oleh itu pembaris mempunyai kesahihan yang tinggi apabila digunakan untuk mengukur panjang dan mempunyai kesahihan yang sangat rendah jika digunakan untuk mengukur suhu. Pengkaji perlu mengenalpasti instrumen yang digunakan mempuyai kesahihan yang tinggi untuk mengukur suatu pembolehubah supaya data yang diperoleh lebih tepat.
d) Kawalan pembolehubah

Konsep asas penyelidikan saintifik yang lebih bersifat kajian berbentuk eksperimen. Pembolehubah boleh dibahagikan kepada pembolehubah manipulasi (manipulated variable), pembolehubah bergerak balas (responding variable) dan pembolehubah yang dimalarkan (fixed variable). Ia juga dikenali sebagai pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Pengkaji yang ingin membuat kajian perlu mengenal pasti dahulu pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Kemudian mengkategorikan mbolehubahpembolehubah tersebut mengikut kajian yang akan dijalankan.

Bagi semua penyelidikan saintifik berbentuk eksperimen, pengkaji perlu membuat satu ekperimen kawalan untuk melihat kesan sebenar ke atas eksperimen tersebut. Bagi melihat keberkesanan baja organik ke atas penghasilan buah betik, kita perlu ada sebatang pokok betik yang tidak diberi baja organik. Satu pokok lain diberikan baja. Kemudian pengkaji akan bandingkan penghasilan buah betik dari kedua-dua pokok tersebut.
e) Kerawakan sampel

Teknik pemilihan sampel secara rawak berasaskan semua sampel mempunyai kemungkinan yang sama untuk dimasukkan dalam kumpulan eksperimen atau kumpulan kawalan. Pemilihan sampel yang baik secara rawak dapat menghasilkan suatu kajian yang representatif kepada satu populasi di mana kajian dilakukan.
f) Generalisasi hasil kajian
Biasanya diperoleh di akhir kajian yang memberi gambaran sama ada kesimpulan kajian yang dihasilkan dapat mewakili (representatif) kepada kumpulan sampel atau populasi yang berlainan. Hasil kajian yang dilakukan boleh dibuat generalisasi yang baik jika perkara-perkara di atas telah diambil kira sepanjang kajian itu dilakukan.
konsep dalam penyelidikan saintifik yang menjurus kepada elemen-elemen yang perlu ada dalam penyelidikan saintifik untuk memperolehi hasil penyelidikan yang diinginkan.