Monday 16 April 2012

Perbezaan fakta dan teori


Fakta dan teori merupakan perkataan yang membawa makna yang berbeza. Walaupun kedua-duanya digunakan dalam bidang kajian yang berbeza , tetapi ia turut mempunyai definisi yang  tersendiri yang berlainan antara satu sama lain.Lazimnya , ia digunakan dalam bidang Sains.

               Dalam bidang saintifik, fakta sering diperolehi melalui pemerhatian. Ia merupakan sesuatu yang benar berlaku dan dibuktikan kesahihannya melalui kajian atau eksperimen yang dilakukan bagi membuktikan fakta tersebut. Fakta tidak boleh berubah dan sahih. Contohnya, ujian yang dilakukan keatas bola yang jatuh setiap kali dilepaskan dan dilakukan berulang kali melalui keadaan persekitaran yang terkawal membuktikan sesuatu fakta tersebut jelas dan tidak boleh dinafikan. Ia akan dianggap fakta kerana ia akan kekal sebagai yang benar walaupun selepas berabad-abad lamanya sehingga terdapat penemuan yang lebih tepat untuk menyangkal fakta tersebut.

              Sebaliknya, teori ialah penjelasan tentang pemerhatian yang telah dilakukan dan meramalkan yang baru. Jika hipotesis merupakan tekaan awal bagi sesuatu kajian dan merupakan aspek utama dalam kajian saintifik , maka teori diletakkan dalam peringkat kedua. Walau bagaimanapun, teori sentiasa benar dan hanya tanggapan semata-mata serta  memerlukan persetujuan daripada pakar dalam bidang saintifik. Teori juga , sering melalui satu siri ujian untuk menafikan teori tersebut oleh pihak-pihak tertentu.

  Bagi menjelaskan perbezaan tentang fakta dan teori , contoh terbaik melalui kajian yang dilakukan ialah melalui suatu laporan yang menyatakan kosmetik mempunyai kandungan babi  dalam bahan campuran yang digunakan. Dalam aspek ini , pelbagai implikasi dapat diperhatikan pada kulit dan sebagainya. Adakah disebabkan keadaan kulit itu tidak sesuai atau benar kenyataan yang terdapat dalam bahan kosmetik yang digunakan atau terdapat sebab lain? Oleh itu, fakta boleh dibuktikan dengan jelas walaupun teori masih kabur tetapi masih dianggap benar.  Keadaan ini menjelaskan fakta adalah permerhatian yang dilakukan manakala teori merupakan penjelasan kepada pemerhatian yang dilakukan. Selain itu, teori adalah kebenaran yang samara atau kabur tentang sesuatu perkara manakala fakta adalah kebenaran yang sebenar yang dibuktikan kenyataannya.



No comments:

Post a Comment