Saturday 31 March 2012

PENGIKLANAN



         Merupakan alat atau medium yang digunakan dalam mempromosikan sesuatu barangan khususnya kosmetik dan menjayakan sesuatu urus niaga.Pengusaha akan memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan bagi tujuan promosi produk mereka.Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi perbelanjaan wanita pada am nya tetapi juga merupakan alat promosi yang penyumbang utama ke arah keberkesanannya sesuatu produk laris di pasaran.Misalnya,  pengiklanan juga boleh meyakinkan pengguna tentang sesuatu produk sekiranya ia turut mengunakan model atau artis yang memang sudah terkenal dalam menjayakan sesuatu promosi dan menjadikan mereka duta untuk produk tertentu. Di Malaysia misalnya,  duta-duta untuk produk kecantikan ini merupakan perantara antara pengguna dan produk yang diwakili seperti Erra Fazira dilantik menjadi duta produk AVON, Siti Nurhaliza menjadi duta untuk produknya sendiri iaitu Simply Siti, Rozita Che Wan menjadi duta untuk produk Rania Gold dan penggunaan model-model yang cantik untuk memastikan pengguna tertarik untuk membeli produk tersebut dan sekaligus membantu proses membuat keputusan dilakukan.



AVON

ERRA FAZIRA




SIMPLY SITI





SITI NURHALIZA




RANIA GOLD



ROZITA CHE WAN



  
MODEL SENDAYU TINGGI





                 Kesimpulannya, iklan bukan sahaja sebagai sebagai alat penyebar maklumat atau informasi kepada para pengguna tetapi juga membawa kebaikan kepada pengusaha kerana iklan merupakan kempen yang penting kepada pengguna.Penyebaran maklumat melalui alat sebaran ini kita dapat mengetahui kewujudan sesuatu produk baharu dalam pasaran.Iklan yang baik dapat mendidik para pengguna tentang cara menggunakan sesuatu barangan dan langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan sesuatu produk. Selain itu, ia penting kepada pengusaha kerana Iklan membantu pengusaha memasarkan barangan mereka.Selain itu,dapat menjimatkan kos,wang dan tenaga bahkan turut menghubungkan masyarakat pengguna dengan barangan. Iklan juga membolehkan pengusaha menghadapi persaingan di pasar,contohnya seperti dalam perniagaan,perdagangan dan sebagainya.Di samping itu boleh menonjolkan keistimewaan sesuatu barangan itu. Disebabkan hal itu , menjadikan iklan sebagai alat pengiklanan yang dapat disebarkan dengan mudah dan meluas.Peranannya penting kerana iklan yang kreatif dapat menarik perhatian orang ramai.Sebagai contohnya,iklan tentang  produk kosmetik dan kecantikan seperti yang sering disiarkan dalam televisyen membantu sesuatu produk mencapai sasaran yang diharapkan.











No comments:

Post a Comment